Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Gadis Ini Terpaksa Padam 500 Gambar Selfie Seksi Bersama Arwah Rakan Selepas Dia Dihantui Oleh Roh Arwah



Seorang remaja perempuan yang hanya mahu dikenali sebagai Nor Amelia, mengaku tepaksa memadam gambar-gambarnya dengan jumlah lebih 500 gambar bersama rakannya yang tidak menutup aurat di laman media sosial dalam waktu beberapa hari.

Tidak hanya di Facebook, Nor juga memadam gambar gambarnya yang tidak menutup aurat di instagram serta merta.

Nor mengaku dia melakukan semua itu selepas sesuatu yang mengerikan menimpanya,kisahnya bermula sebulan lalu 3 hari selepas rakannya meninggal dunia dalam sebuah kemalangan jalan raya.

Semenjak dari pada itu ia selalu bermimpi di datangi kawannya yang sudah meninggal dunia itu dan menyuruhnya untuk memadam semua gambar mereka yang tidak menutup aurat.

Tidak hanya itu, Nor berkata bahwa dia beberapa kali melihat laptopnya hidup seperti dipakai seseorang pada waktu larut malam dan mencium bau darah di dalam biliknya.

“Pada awalnya saya tidak percaya, tetapi selepas saya mengalami gangguan pelik dan setiap kali saya tidur saya bermimpi sahabat saya seperti meminta tolong, saya yakin mimpi itu ada kebenarannya.

“Dalam mimpi itu, saya nampak dia diseksa, dicambuk oleh lembaga hitam besar dan berkuku panjang, dan kulitnya di siat dengan besi panas.. “kata Nor ketika menceritakan kisahnya.

“Pernah sekali saya melihat dia dalam mimpi menangis tersendu sendu sambil merintih.., “tolonglah padam gambar saya yang tak menutup aurat” saya dah tak tahan..”ujar Nor lagi.

Seorang remaja perempuan yang hanya mahu dikenali sebagai Nor Amelia, mengaku tepaksa memadam gambar-gambarnya dengan jumlah lebih 500 gambar bersama rakannya yang tidak menutup aurat di laman media sosial dalam waktu beberapa hari.

Tidak hanya di Facebook, Nor juga memadam gambar gambarnya yang tidak menutup aurat di instagram serta merta.
Nor mengaku dia melakukan semua itu selepas sesuatu yang mengerikan menimpanya,kisahnya bermula sebulan lalu 3 hari selepas rakannya meninggal dunia dalam sebuah kemalangan jalan raya.

Semenjak dari pada itu ia selalu bermimpi di datangi kawannya yang sudah meninggal dunia itu dan menyuruhnya untuk memadam semua gambar mereka yang tidak menutup aurat.

Tidak hanya itu, Nor berkata bahwa dia beberapa kali melihat laptopnya hidup seperti dipakai seseorang pada waktu larut malam dan mencium bau darah di dalam biliknya.

“Pada awalnya saya tidak percaya, tetapi selepas saya mengalami gangguan pelik dan setiap kali saya tidur saya bermimpi sahabat saya seperti meminta tolong, saya yakin mimpi itu ada kebenarannya.

“Dalam mimpi itu, saya nampak dia diseksa, dicambuk oleh lembaga hitam besar dan berkuku panjang, dan kulitnya di siat dengan besi panas.. “kata Nor ketika menceritakan kisahnya.

“Pernah sekali saya melihat dia dalam mimpi menangis tersendu sendu sambil merintih.., “tolonglah padam gambar saya yang tak menutup aurat” saya dah tak tahan..”ujar Nor lagi.

“Semenjak dari pada itu, saya mulai memadam gambar gambar kami di facebook yang tidak menutup aurat..” kata Nor.

Nor turut mengakui bahawa dia dan kawan-kawan sebayanya memang sedikit nakal, tapi tidaklah nakal sampai mengaibkan keluarga dan menggadaikan maruah. Katanya, mereka hanya nakal sebagai remaja sahaja.

“Alhamdulillah selepas saya padam semua gambar kami yang tidak menutup aurat,arwah tidak lagi hadir dalam mimpi dan menganggu saya.

“Saya tahu kisah ini agar sukar di terima dengan akal sihat, tapi itulah hakikat yang berlaku pada saya. Alhamdulillah semenjak kejadian itu saya mulai mengubah gaya hidup saya, meskipun masih belum sepenuhnya lagi berubah tapi saya tetap berusaha ke arah itu”

Semoga kisah ini menjadi pengajaran pada semua”

Sumber : Kaki Share

Mohon SEBARKAN!! (Video) 'Bantulah Kami, Saya Tak Mampu Nak Tutup Lagi'



SEOUL, KOREA SELATAN - Anda masih ingat lagi dengan kes seorang jutawan jamu yang pernah viral di media sosial bernama Hanni Borhan?

Pada Ogos 2015, Hanni Borhan dilaporkan telah meninggalkan suaminya yang merupakan seorang penagih dadah, gila seks dan kaki pukul sehingga dia dan anak-anak menjadi mangsa dera.

Hanni dan anak-anaknya telah lari pada jam 12 malam, 7 Ogos 2015 dan nekad memulakan hidup baru.



 Namun baru sejam tadi, Hanni memuat naik video anak bongsunya menangis dipukul oleh seorang lelaki yang dipercayai suaminya.

Berdasarkan video singkat itu, Hanni bersama dua anak sulungnya hanya mampu melihat si kecil itu disepak oleh lelaki terbabit.

"Tak dapat saya, baby pun boleh jadi hal. Tak boleh nak video, takut dia nampak. Handphone selalu kena hempas.

"Bila di luar kawasan CCTV, memang kami akan kena. Mula-mula maki hamun, lama-lama sepak terajang.

"'Bateri' boleh tahan 3 ke 4 hari. Nanti dia okay, boleh gurau-gurau. Bila 'bateri' weak, siaplah. Bergurau pun tak boleh. Budak bising-bising pun tak boleh," katanya.

Ekoran kejadian itu, anak bongsu Hanni cedera di bahagian hidung dan mulut.

Video yang dimuat naik oleh Hanni itu kini viral di media sosial. Ramai netizen yang mengenalinya meminta Hanni membuat laporan polis segera kerana bimbang dengan keselamatan mereka anak beranak.






Difahamkan Hanni dan keluarganya kini berada di Seoul, Korea Selatan. - The Reporter










Resort Datuk Seri Jamal Md Yunos Dirobohkan oleh Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)



Resort yang dimiliki oleh Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos di Sekinchan, Selangor Dirobohkan oleh Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) hari ini selepas menghantar notis perintah tutup, pagi tadi.

Pemilik Sekin Fisherman Village Hotel & Resort menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen yang sah daripada pihak berkuasa mengikut Notis bertarikh 22 Disember.

Notis juga menyebut pemeriksaan MDSB mendapati Jamal telah melakukan kesalahan tersebut di atas Lot 13081,13082 dan 13083 Jalan Pantai Redang, Sekinchan.

Jamal dalam catatan di Facebook mendakwa arahan perobohan itu dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

“Kerja-kerja meroboh permis perniagaan saya oleh majlis dearah Sabak Bernam sedang dilakukan atas arahan MB.

“Pagi tampal notis petang ini roboh. Ini adalah tindakan balas dendam oleh kerajaan negeri terhadap kelantangan saya mengkritik kerajaan di bawah pimpinan Azmin Ali.

“Apa yang saya lakukan ini adalah untuk kepentingan rakyat Selangor yang derita dengan masalah air yang tidak ada,” katanya.

Jamal semalam tampil dengan hanya bertuala ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam untuk tumpang mandi di pejabat menteri besar Selangor.

Beliau turut membawa gayung, berus gigi dan sabun sebagai protes terhadap kerajaan negeri yang didakwanya gagal mengurus masalah air di negeri itu.

Bagaimanapun ADUN Sekinchan,Ng Suee Lim ketika dihubungi Malaysiakini untuk mengesahkan laporan itu berkata perobohan berkenaan tidak ada kena mengena dengan bantahan yang dibuat oleh Jamal.

“Tiada dendam... ini (hanya) kebetulan,” katanya.

Menurut pemimpin akar umbi DAP itu, MDSB telah menghantar notis kepada Jamal mengenai sepanjang tempoh lima tahun lalu berhubung hotelnya yang tidak mematuhi peraturan-peraturan tanah dan pembangunan.

“Benda ini majlis (MDSB) dah banyak kali keluar notis, saman kompaun semua sudah, minta dia roboh sendiri tapi dia ingkar.

“Jadi majlis dan pejabat tanah ambil tindakan la. (Ini kerana kita) tak nak majlis dilihat tidak tegas dalam meneggakkan undang-undang,” kata Ng.

Menurutnya, beliau tidak mempunyai masalah dengan sesiapa sahaja menjalankan perniagaan di Sekinchan, tetapi mereka mesti mengikut undang-undang.


sumber

Rahsia Nyamuk Suka Terbang Di Kepala Kita Terbongkar


Rahsia Nyamuk Suka Terbang Di Kepala Kita Terbongkar


Nyamuk adalah sejenis serangga kecil yang gemar menghisap darah. Nyamuk tercatat sebagai salah satu serangga yang paling banyak membawa maut dalam sejarah kerana berjaya membunuh sehingga 2 juta nyawa manusia di seluruh dunia pada setiap tahun.

Namun, tahukah anda mengapa nyamuk mempunyai kebiasaan suka sangat terbang di sekitar atas kepala manusia? Adakah si nyamuk hanya ingin menggoda manusia dengan ‘siulan’ bingitnya itu?

Jawapannya ternyata tidak. Nyamuk ada alasan tersendiri untuk selalu terbang di keliling kepala manusia. Menariknya, ia tiada hubungan pun dengan ‘percubaan’ ingin menghisap darah manusia.

Menurut Rick Pollack, pakar serangga dari Amerika Syarikat, nyamuk suka terbang di sekitar kepala, terutama di bahagian wajah dan telinga kerana tertarik kepada gas karbon dioksida yang kita hembuskan.

Uniknya, hanya nyamuk betina melakukan hal aneh seperti itu. Tetapi, apabila ada nyamuk jantan yang ikut terbang di sekitar kepala anda, ia mungkin bermakna nyamuk itu sedang cuba untuk memikat nyamuk betina.

Nyamuk jantan kerap menanda lokasi ‘kahwin’ seperti sekitar pokok, dan atas kepala manusia. Ini semua berlaku kerana nyamuk jantan ‘menari’ untuk menarik perhatian nyamuk betina untuk proses pembiakan.

Kesimpulannya, semakin banyak anda hembus karbon dioksida, biarpun memakai topi, serban, songkok, tudung atau ketayap, pasti kepala anda jadi tumpuan banyak nyamuk ‘menari-nari’ gembira. So kalau anda terdengar bunyi @siulan@ nyamuk di kepala anda tahu la apa sebabnya ye

4 Komen ‘PECAH PERUT’ Chef Wan Design Baju Di Fashion Show Ini Buat Anda MENANGIS !

4 Komen ‘PECAH PERUT’ Chef Wan Design Baju Di Fashion Show Ini Buat Anda MENANGIS !


HAHAHA! Memang tak kering gusi bila kami lihat komen-komen kelakar Chef Wan kat design baju yang diperagakan di fashion show yang berlangsung di Publika baru-baru ni.

Mungkin ada sesuatu yang tak kena kot kat design baju tu kot buat Chef Wan komen macam tu sekali. Kalau la designer tu baca komen Chef Wan, mesti sentap habis kan?







Kipas Slow? Tukar Kapasitor Aje! Lagi Jimat

Kipas Slow? Tukar Kapasitor Aje!


Kebiasaannya bila kipas lama, letak speed 5 pusing macam angin sepoi2 bahasa aje..

Rupanya tak perlu tukar kipas, tukar capacitor sahaja! Capacitor ni macam hos, kalau tak elok, air akan leleh je keluar. Tapi kalau bagus, air memancut keluar, arus padat.

Saya kongsi step by step tukar capacitor untuk kipas standard:

1. Buka housing kipas (ada 1 screw di bhgn atas)


2. Tanggalkan capacitor lama


3. Potong wayar capacitor yang bersambung dgn earth dan supply (capacitor tidak mempunyai kutub, boleh sambung mana2 hujung kemudiannya)


4. Gantikan capacitor baru, sambungkan semula wayar earth & wayar supply.


5. Tertib

Nota: jangan lupa bismillah & peralatan screw driver/test pen & wire cutter. InsyaAllah kipas laju semula macam helicopter.

sumber

Fuhhh. Macam Ni Rupanya Nak Tahu Lelaki Tu Teruna



Fuhhh. Macam Ni Rupanya Nak Tahu Lelaki Tu Teruna



Buat perempuan di luar sana. Jom ketahui cara bagaimana nak tahu lelaki itu teruna atau tidak. Jom baca selanjutnya hehehe

1. lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita

2. lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan

3. lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja

4. lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik. lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku

5. lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya

6. lelaki teruna membosankan apabila bercinta. gayanya agak “nerd”. gemar berlagak untuk menarik pasangannya.

7. lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasanganna

8. lelaki teruna terlalu sensitif. mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan

9. lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik. mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan. -

sumber 

Apakah Hukum Bunuh Isteri Sendiri Sebelum Dirogol Oleh Orang Lain?




KITA mungkin tidak pernah terfikir untuk bertanya soalan sebegini namun berbeza situasinya di daerah bergolak Aleppo, Syria.

Akibat bimbang dengan nasib atau kekejaman yang bakal dialami oleh ahli keluarga mereka terutama perempuan, lelaki di sana berfikir hingga ke tahap ini. Soalan ini telah dilontarkan kepada ahli agama Muhammad Al Yaqoubi.



"Kami menerima soalan sebegini dari Aleppo, bolehkah seorang lelaki membunuh isteri atau kakak sebelum dia dirogol oleh tentera Assad di hadapannya?

"Adalah haram membunuh atas sebab takut dirogol atau pun membunuh diri. Kesabaran itu penting. Ganjaran menanti di akhirat.

Membaca kenyataan ini sebenarnya amat menyentuh hati. Sama-samalah kita mendoakan keselamatan saudara seagama kita di sana.


sinarharian

Gadis Cina Dedah 90% Kedai Handphone Cina Penipu



Susulan dari kejadian lelaki warga asing dibelasah peniaga Cina di The Mines, Serdang , seorang lelaki gadis cina, Stephanie Tan, tampil mendedahkan peniaga telko Cina seringkali menipu pelanggan.

Stephanie, bekas pekerja kedai telefon itu berkata, hampir 90% kedai telefon yang dimiliki oleh Cina menipu pelanggan mereka.

"I must say 90% kedai handset dimiliki oleh Cina memang penipu. I sendiri kerja di kedai handset dan saya tahu taktik bos I untuk menipu customer.

"I pun tak faham, kenapa perlu tipu? Nak untung tapi cari duit yang tak halal buat apa? I sedih kaum Cina saya sendiri buat macam tu," katanya dengan nada yang kesal dengan tindakan majikannya yang tidak bertanggungjawab.

Kenyataannya itu mendapat 215 likes di Facebook pada ketika berita ini ditulis.

"I give you all some tips. Next time if nak beli fon (hanphone) Lenovo, nak tahu dia original atau tidak, tengok pada kotaknya. If just putih kosong tulis Lenovo and what model, itu 'AP'. Original Lenovo, kotak dia ada gambar handset sekali. iPhone pula jgan beli AP set kat kedai. Kebanyakannya dah mati expired dengan Apple Store. That's why warranty kedai," dedahnya.

Tindakan gadis itu mendapat tentangan dari beberapa individu yang juga bertugas di bidang yang sama. Mereka menyelar tindakan Stephanie berbohong dan memintanya mengemukakan bukti yang mendakwa 90% kedai jual telefon bimbit yang dimiliki Cina itu menipu para pelanggan mereka.

Bagaimanapun, Stephanie meminta individu terbabit membuktikan kepadanya terlebih dahulu 90% kedai jual handset milik Cina tidak menipu selain dari mendakwa dia tidak gentar mendedahkan perkara itu kepada orang ramai.

"I don't give a f*ck if no one like me. At least I didn't lie to myself and other people," tegasnya yang juga mendedahkan Low Yat bukan tempat yang selamat untuk melabur duit membeli telefon bimbit berikutan sudah banyak aduan dari orang ramai.

Kes penipuan penjualan telefon bimbit sudah kerap berlaku dan ramai yang telah menjadi mangsa kepada para peniaga yang tamak ini. Meskipun telah banyak aduan yang dilaporkan, hanya sebilangan kecil saja yang telah dikenakan tindakan. Selebihnya, masih meneruskan operasi seperti biasa kerana para peniaga ini mempunyai 'cable' mereka sendiri.

Namun, bagi kami perkara ini mudah diselesaikan dengan satu cara dan gaya sahaja. Belilah smartphone dari wakil-wakil jualan lantikan sah dari pengeluar smartphone itu sendiri. Biarlah mahal sekali pun, yang penting anda berpuas hati dengan produk yang asli dan yang penting, tiada masalah sampingan. THE HYPE MEDIA

'Bengang Betullah! Bini Suka Sangat Curi Baca WhatsApp Aku!'



Sedang saya menemankan anak sulung saya mengulangkaji bagi peperiksaan UPSRnya, jadi saya menulis. Menulis untuk buku saya seterusnya selepas buku 'Jangan sentap, okey!'. Sambil-sambil itu saya turut menulis dan membaca mesej di aplikasi WhatsApp. Tiba-tiba saya teringat kisah seorang sahabat saya yang telah menelefon bagi mengadu perihal isterinya yang suka mencuri baca mesej-mesej di dalam 'handphone'nya.

Tugas saya sebagai pegawai sumber manusia kilang sudah terbiasa memberi nasihat kepada pekerja (nota : termasuk memarahi, memberi amaran dan membuang pekerja). Jadi satu lagi nasihat percuma tidaklah menjadi beban kepada saya.

"Eh Man, aku bengang betullah dengan bini aku. Dia suka sangat curi baca mesej kat WhatsApp aku," adu sahabat saya itu.

"Parah tu. Macam mana kau tau dia curi tengok? Ke kau main agak-agak je?" soal saya.

Dia menerangkan bahawa dia perasan kedudukan 'handphone'nya berubah dan ada tanda mesej sudah dibaca walaupun ketika itu dia sedang mandi, solat atau tidur.

Sebagai lelaki dan ketua rumah, saya memintanya bertegas dan mengawal perbuatan isterinya itu agar tidak menimbulkan pertelingkahan.

"Sebab dah biasa gaduhlah aku minta nasihat dari kau ni. Bini aku itu jenis cemburu buta. Kau tahulah 'group-group' sekolah ni, macam-macam mesej diorang hantar. Pernah sekali tu member group hantar mesej cerita kisah lama aku 'couple' dengan 'ex girlfriend' aku. Siap bagitau dia ada jumpa dan post gambar terbaru budak itu. Bini aku punya gila, dikejutkan aku dari tidur. Gaduh besar aku malam tu," ceritanya terus terang.

"Kenapa kau tak letak 'password'?" soal saya.

Dia menjelaskan bahawa dia telah meletak 'password' dan ini telah menyebabkan pergaduhan lebih besar.

"Kau sayang bini kau tu ke tak?" soal saya.

Dia menyatakan dia sayangkan isterinya sepenuh hati dan tidak pernah terlintas untuk curang atau menduakan isterinya. Cuma dia benci sikap isterinya yang suka mencuri baca WhatsApp miliknya.

"Sebenarnya masalah ni, bukan masalah kau seorang saja. Ia masalah bagi semua lelaki di dunia ini. Aku yakin 100%, semua lelaki bergelar suami akan mengalami kes isteri membaca WhatsApp suaminya. Bini aku pun sama. Aku tahu, kadang-kadang bila aku tidur dia buka handphone aku baca WhatsApp aku," jelas saya lagi.

"Oh, kau pun sama rupanya? Habis, bini kau tak marah-marah kat kau ke? Atau kau dah awal-awal dah 'warning' dia?" soalnya.

"Isteri kita itu cuma baca WhatsApp kita, tapi kita ini sebagai suami telah menulis semula kisah hidup isteri kita," jelas saya.

"Bahasa kau tinggi bro, aku tak faham," katanya.

"Begini, perempuan sejak mereka belum baligh lagi mereka sudah berangan indah tentang hidup mereka. Mereka nak kekal cantik, langsing, ada suami tampan dan kaya, rumah besar, anak-anak yang comel, suami penyayang dan romantik yang selalu beri hadiah dan pelbagai lagi

"Alih-alih dapat nikah dengan kita, lelaki biasa-biasa, mereka terima kita seadanya. Sebagai suami, kita yang mencatur hidupnya setiap hari sehingga isteri terpaksa tanya apa kita nak makan, nak pakai. Tujuannya supaya kita gembira. Bila kita gembira, mereka gembira biarpun mereka penat dan impian masa kecil mereka sudah hancur. Sejujurnya, mereka sudah lupakan impian itu sejak menikahi kita.

"Cerita hidup mereka kita yang aturkan. Jika dulu mereka berkerjaya, kita suruh berhenti kerja dan jaga rumahtangga. Dulu pinggang mereka slim dan solid, dah asyik beranak, pinggang dengan punggung pun dah sama besar. Mujurlah bini aku masih slim. Haha!

"Jadi, jangan peningkan kepala dan korbankan kebahagiaan rumahtangga kerana nak jaga hati kawan dalam WhatsApp atau menegak ego kita sebagai lelaki dan suami. 'Group' WhatsApp tu jika rasa banyak buruk dari baiknya, 'left group' je. 'Left group' bukan bermakna kita bencikan kawan kita dan tidak 'sporting'. Jika betul kawan, jom datang rumah kenal keluarga atau buat 'reunion'.

"Lagi satu, jangan sesekali rahsiakan 'password' 'handphone' daripada isteri. Kita suami isteri dah biasa tengok yang baik buruk dari pasangan kita, apa lagi rahsia yng lebih dari itu.

"Paling penting, jangan anggap isteri tu suka 'mencuri baca' WhatsApp kita, tetapi anggaplah dia 'berkongsi baca' WhatsApp kita. Jika kau faham konsep tu, kau tak akan bergaduh lagi. Kau faham tak?" bebel saya panjang lebar.

"Faham," jawabnya.

Talian telefon dimatikan setelah perbualan selesai.

Saya baharu perasan isteri ada di sebelah saya sepanjang perbualan itu. Dia sekadar mencebik, barangkali marah dia dilibatkan sama. Aduh.. Tidur seoranglah saya malam nanti. Hahaha! - Izman Pauzi | PIXEL MEDIA.

Awas!! Bahaya Roti Gardenia Yang Perlu Anda Tahu !!!



Awas!! Bahaya Roti Gardenia Yang Perlu Anda Tahu !!!


Sebenarnya ramai yg belum tahu kemudharatan tentang roti gardenia ni. Saya malas nk panjang-panjangkan. Tapi sebab ramai yg suka puji boleh makan begitu saja pun dikatakan enak. Apatah lagi cicah kari dengan sambal ikan bilis dikatakan berganda-ganda keenakkannya.

Utk pengetahuan semua saya tak pernah kerja dikilang gardenia pun. Tapi dari org yg bercerita, ada satu bahagian dari roti gardenia yg boleh menyebabkan tersumbat saluran pemakanan kita dan menyebabkan kematian.

Tolong jgn makan bahagian tersebut sama sekali.

Iaitu plastik pembalut roti gardenia.Sekian Terima Kasih

Cara Membuat Aiskrim Sumi/Jelly Yang Tengah Viral



Cara Membuat Aiskrim Sumi/Jelly Yang Tengah Viral


Hah. Sekarang ni tengah viral pasal aiskrim sumi/helly ni. Ni admin kongsikan resepi dia k.

Bahan-bahan

1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 tin air kosong
secubit garam
2 bungkus sumi

cara membuat

Campur 2 susu dengan 1 tin air dan garam
Masak air sampai garam hancur
Masukkan baki 3 air tin
Kacau rata
Sumi yang dibelah tadi masukkan dalam plastik ais krim lepas tu tuang adunan tadi dalam plastik ais krim tersebut


TQ pada yang SHARE. 

Serpihan Otak di Temui Dalam Sos Tomato ??


Apa perasaan korang kalau tengah nak bubuh sos dalam makanan, tetiba di dapati ketulan otak. Euuuuwwwww.

Subhanallah! Bahagian Jahat Dalam Otak Manusia diTemui


Tahukah anda bahawa saintis telah menemui bahagian otak yang dikatakan mempengaruhi sifat jahat seseorang.

Manusia Gergasi Kaum Ad Nabi Hud AS DiTemui


Pernah dengar cerita pasal Kaum Ad Nabi Hud AS? Saintis telah menemui penemuan yang cukup menggemparkan yang dikatakan tinggalan kaum tersebut. Jom Baca

Dipukul Kerana Memandang Isteri Orang Lain


SIla berhati-hati kalau memandang perempuan lain ye. Mana la tau xpasal-pasal kena pukul macam cerita ni. Jom Baca

Cara Mudah Perempuan Untuk Menggoda Lelaki


Terdapat pelbagai petua untuk menambat hati insan tersayang. Bagi kaum wanita, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan suami atau teman lelaki tetap setia di sisi. Di sini diperturunkan 25 sifat yang perlu ada pada wanita supaya kaum lelaki tetap setia walaupun seribu godaan menanti mereka.

Kisah Seorang Ayah yang perlu Anda Tahu


Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Perkara-Perkara Yang Makruh Dalam Solat


Makruh mengikut jumhur ulama’ bermaksud tanzihiyyah, iaitu sesuatu yang patut dielakkan. Jika seseorang melakukan sembahyang secara makruh, maka sebaiknya dia hendaklah melakukannya semula sekiranya waktu masih ada. Secara umumnya, ukuran dalam menentukan sesuatu perkara makruh ialah setiap perbuatan dan perkara yang bertentangan dengan As-Sunnah.

30 Perkara Wanita tak sempat bagitahu LELAKI


30 Perkara Wanita tak sempat bagitahu LELAKI. Hope bila korang baca ni korang tahu la apakah perkara tersebut hehehe