Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

3 Orang Lelaki Datang Ke Rumah Semasa Suami Masih Belum Pulang Dari Kerja !!!



3 Orang Lelaki Datang Ke Rumah Semasa Suami Masih Belum Pulang Dari Kerja !!!


Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya.


Dia tidak kenal akan mereka.

Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."


"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.


"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."


"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.



Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"


Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.


"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.


"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.


Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :

"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."


Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah....."


Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira....


"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan....!"


Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"


Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :

"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"


"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.....

"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita...."


Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami...."


Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :

"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"


Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya....


...Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!"...



Dicatat oleh IBNU MUSLIM

HARAM mencukur bulu kemaluan?


Tahukah anda bahawa mencukur BULU KEMALUAN adalah HARAM. Tahu x sebab apa haram. Jom baca kalau nak tahu

Batu Burung Ababil Ditemui?

Ingat lagi kah anda dengan kisah burung ababil, tentera bergajah yang ingin menyerang MEKAH? Benarkah gambar ini gambar batu yang dibawa oleh burung ababil? Jom baca

Manusia Gergasi Kaum Ad Nabi Hud AS DiTemui


Pernah dengar cerita pasal Kaum Ad Nabi Hud AS? Saintis telah menemui penemuan yang cukup menggemparkan yang dikatakan tinggalan kaum tersebut. Jom Baca

Perkara-Perkara Yang Makruh Dalam Solat


Makruh mengikut jumhur ulama’ bermaksud tanzihiyyah, iaitu sesuatu yang patut dielakkan. Jika seseorang melakukan sembahyang secara makruh, maka sebaiknya dia hendaklah melakukannya semula sekiranya waktu masih ada. Secara umumnya, ukuran dalam menentukan sesuatu perkara makruh ialah setiap perbuatan dan perkara yang bertentangan dengan As-Sunnah.

Walaupun Tertanam 22 Tahun Serban Dan Kopiah Masih Elok

Kejadian ni terjadi di Masjid Jamek Al-Abidi, Simpang Tiga Pasir di Merbok di mana menemui serban dan kopiah putih dalam keadaan masih elok walaupun sudah tertanam sejak 22 tahun lalu. Jom baca selanjutnya.

Saya Akan Ceritakan Semuanya - (Kanak-Kanak) Mangsa Kekejaman Rejim Syria



Sekeping Gambar yang menceritakan segala - galanya. Seorang budak yang tidak bersalah akibat kekejaman rejim Syria akan menceritakan apa yang terjadi pada TUHAN. Jom Baca