Showing posts with label artis. Show all posts
Showing posts with label artis. Show all posts

Kurang Ajar!!!Jaga Air Sendiri Yang Tak Berapa Subur Itu Kata Jamal Pada Datuk Siti Nurhaliza



Berang dikritik selebriti terkenal kerana tampil berkain tuala di hadapan bangunan pentadbiran Selangor baru-baru ini, Datuk Jamal Yunos menyindir Datuk Siti Nurhaliza kurang subur kerana masih tidak mempunyai cahaya mata. Sindiran itu dibuat selepas Siti memuat naik gambar beliau dan mengkritik tindakannya bertuala tanda protes terhadap masalah bekalan air.

“Pesanan saya kepada Siti. Jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu, atau cari air lain”

Menyedari komen pedas yang diberikan oleh Jamal, tanpa cepat melatah Siti dengan bersahaja menjawab, komen yang diberikan Jamal tidak mengunakan otak yang diberikan Tuhan. Menurutnya lagi, perkara itu sedikit pun tidak memberi kesan terhadapnya.

“Takpe dik, biarkan mereka. Kata-kata orang macam ini tak memberi kesan pada saya sebab saya tahu mereka cakap tak guna otak yang Allah kurniakan,” tulisnya di laman Twitter.

Sebelum ini, Siti telah memuat naik gambar Jamal yang bertuala sambil membawa peralatan mandi lain dan mengkritik tindakannya yang memprotes susulan masalah air di negeri ini. Ruangan komen penyanyi itu juga turut dipenuhi komen peminat yang menyokong kenyataan itu. (rkty/w)

Sumber

Siti Nurhaliza Kena Maki Dengan Penyokong Jamal Jamban.



HANYA kerana menulis perkataan ringkas "jangan jadi macam Jamal ye" di akaun instagram miliknya berhubung tindakan 'bangang' Jamal Jamban yang bertuala mahu tumpang mandi di pejabat MB Selangor dua hari lalu, penyanyi terkenal Dato' Siti Nurhaliza kena maki dengan penyokong-penyokong Jamal Jamban.

Rata-rata penyokong Jamal menjadikan isu belum mendapat zuriat sebagai bahan mengutuk Siti.





Para penyokong Jamal sanggup menghina Siti dengan mengaitkan peristiwa keguguran anak penyanyi nombor satu negara itu baru-baru ini sebagai modal untuk memakinya. Malah Jamal Jamban sendiri turut berkongsi status tersebut di halaman facebook miliknya.



Dalam reaksi berhubung kutukan tersebut, Siti Nurhaliza melalui akaun twitternya menganggap para penyokong jamal yang mengutuknya bercakap tidak menggunakan otak yang dianugerahkan oleh Allah.



Zamani Slam Janji Tidak Akan Sorok Perkahwinan, Tak Mahu Terburu Buru



Mengakui mereka sudah lama berkawan, Zamani Slam tidak mahu bercerita dengan lebih lanjut apatah lagi untuk mendedahkan bakal isterinya. Dalam kenyataan sebelum ini, penyanyi ini pernah menyatakan bahawa dia sememangnya berhasrat untuk menamatkan zaman bujang.

“Asalnya dia ialah peminat saya dan Slam, seterusnya membantu menguruskan kelab peminat saya. Bermula dari situ, kami berkawan rapat malah dia juga banyak menyokong jatuh bangun saya dalam industri ini,” jelasnya kepada BH Online.

Tambah Zamani lagi, dia tidak mahu memperbesarkan perkara tersebut iaitu mengenai perancangan perkahwinanannya kerana bimbang perkara itu (perkahwinan) tidak menjadi kenyataan selain atas dasar mahu menghormati keluarga kedua belah pihak.

“Saya perlu menghormati keluarga kedua-dua belah pihak dan enggan membelakangkan mereka. Saya perlu dahulukan mereka sebelum memberi apa-apa kenyataan kepada pihak media mengenai perkara ini. Lagipun saya baru saja berbaik-baik dengan keluarga”

“Jadi, saya tidak mahu mengeruhkan kembali hubungan yang kembali terjalin dengan berita seperti ini. “Sekiranya perkahwinan itu menjadi kenyataan, saya tidak akan sorok. Saya akan akan beritahu pihak media dan juga peminat,” jelasnya –

Sumber: Rotikaya

Rupa-Rupanya Pak Samad Pelakon Dalam 7 Hari Mencintaiku Bukan Calang-Calang Orang. Jom Lihat Biodata Beliau. Pasti Ramai yang Terkejut Besar





Ramai Tidak Mengetahui Siapa Sebenarnya Pak Samad Watak Dalam 7 Hari Mencintaiku. Ada yang beranggapan bahawa Pak Samad adalah sepertinya Pesara Tentera kerana ketegasan suaranya tak ubah seperti seorang tentera.

Siapakah Sebenarnya Pak Samad. Anda pasti terkejut dan tidak menyangka bila mengetahui Biodata Pak Samad sebenarnya. Pak Samad sebenarnya ialah Cucu kepada Sultan Yussuf, dan anak kepada Raja Baharom. Beliau dikenali sebagai Aman Graseka. Mari kita Lihat serba sedikit Biodata Aman Graseka.



NAMA PENUH : Raja Aman Shah Raja Baharom
Tarikh Lahir : 28 Feb. 1968
Pekerjaan : Pelakon, Pengarah ( 1991 hingga Kini )
Ramai Tidak Mengetahui Siapa Sebenarnya Pak Samad Watak Dalam 7 Hari Mencintaiku

Pada tahun 1997 beliau melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi dangdut Mas Idayu. ( Usia perkahwinan 10 tahun ) Mereka dikurniakan seorang cahayamata perempuan yang bernama Raja Dayini.

Pencapaian :
***Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (Anugerah Seri Angkasa tahun 1999) Filem Amy Anuar.
***Watak Utama Filem "Cinta Kita" tahun 1995
pencalonan Pelakon Lelaki Terbaik (Festival Filem Malaysia ke-12.) Filem Cinta Kita.
Ramai Tidak Mengetahui Siapa Sebenarnya Pak Samad Watak Dalam 7 Hari Mencintaiku

Film
Cinta Kita (1995) - Ikuti kisah Pak Samad mula-mula ceburi bidang lakokan di sini : Kisah Aman Graseka
Penyair Malam (1998)
Amy Anuar (1999)

Beliau juga membintangi beberapa drama. Aman Graseka menjadi pelakon utama dalam Drama " Munajat Cinta ayahanda" .

Ramai Tidak Mengetahui Siapa Sebenarnya Pak Samad Watak Dalam 7 Hari Mencintaiku

Serba sedikit tentang Drama Munajat Cinta.
Seorang lelaki bergelar lelaki bapa tunggal kematian isteri yang kesunyian tanpa anak-anak mengumpul kekuatan berdepan dengan fitnah dilontarkan orang kampung yang menuduhnya menjalinkan hubungan dengan wanita bergelar janda di kampung tersebut.

Drama penuh konflik ini menampilkan lakonan berkesan Aman Graseka dengan dibantu oleh Husairi, Sheera Iskandar, Fikree Bakar, Nik Marini dan Shaffiq.

Setakat ini sahaja admin dapat perolehi sumber tentang Pelakon kesayangan kita watak Pak Samad 7 Hari Mencintaiku ( Aman Graseka)

SUMBER http://www.mfadhly.com/

Ramai Tidak Mengetahui Siapa Sebenarnya Nad Watak Dalam 7 Hari Mencintaiku..Bukan Calang-Calang ORANG.. Jom Lihat Biodata BELIAU!! Pasti Ramai yang Terkejut Besar



BIODATA JAJA ILLIYES PELAKON DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU !

| Sebenarnya , dah lama orang tanya aku siapa nama sebenar watak Nadia atau Nad dalam drama 7 hari Mencintaiku . Disebabkan kekangan masa, jadi aku tak sempat nak tulis mengenai Nad Drama 7 hari Mencintaiku ini. Jadi , mesti korang nak kenal siapa nad kan. Berikut merupakan BIODATA JAJA ILLIYES PELAKON DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU !

Nama Penuh : -
Nama Artis : Jaja Illiyes
Asal :  Johor ( tak pasti sama ada dia asal johor atau tinggal di johor )
Tarikh Lahir


: 3 August 1995
Umur : 21 tahun

Kalu korang kenal Jaja Illiyes ini dia merupakan antara finalis untuk DFKL tau. jadi memang hebat betul dia ini dalam lakonan. walaupun masih baru dalam dunia seni tapi beliau berjaya membawa wataknya dengan baik dalam lakonannya. tak lama lagi dia akan muncul dalam drama bersama Mira filzah.


Jadi, ini sahaja  mengenai BIODATA JAJA ILLIYES PELAKON DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU ! , kalau ada maklumat tambahan nanti aku update semula . Lega dah kan bila tahu siapa watak Nadia atau Nad dalam Drama 7 hari mencintaiku . jadi selamat menonton minggu akhir drama 7 hari mencintaiku .

Sekian.

WOW!!! 5 Artis Terkaya di Malaysia Yang Anda Tidak Sangka


WOW!!! 5 Artis Terkaya di Malaysia


Statistik mendapati kelima-lima wanita ini semuanya belum berkahwin tapi dah kaya raya. Atleast 1juta mesti ada dalam akaun bank dorang. Melalui sudut nyanyi, model dan lakonan, mereka mengaut keuntungan hampir jutaan ringgit hasil daripada promosi yang mereka lakukan.

Investor pon mengakui bahawa promosi yang dilakukan oleh 5 artis ini sangat memberi pulangan yang lumayan pada produk mereka dan menguntungkan. Nama besar yang dimaksudkan adalah Najwa Latif , Neelofa, Soo Wincci, Shila Amzah dan Yuna.

YUNA

Rakaman “Shine Your Way” bersama Owl City. menjadi Duta pada syarikat kamera Canon, alat telekomunikasi Samsung Galaxy Note, Maybank, Astro, KakaoTalk, Malaysia Airlines dan kecantikan Olay. Kekayaan beliau juga ditambah lagi dengan konsert Yuna di Istana Budaya yang mendapat sambutan hangat penggemar seni muzik.

Soo Wincci

Dianggarkan berpendapatan RM1.5 juta setahun. Dilantik sebagai duta Samsung LED, dan juga duta produk Avon dan kasut XES. Negara taiwan juga turun mengundang beliau untuk melakukan persembahan pentas di sana.


Shila Hamzah

Anak kepada ND Lala ini menempah nama sebagai yang terkaya apabila mengikat kontrak selama 6 tahun bersama Shanghai Media Group bernilai RM5 juta dan berpendapatan RM2.5 juta setahun. Shila juga mengikat kontrak sebagai duta produk Safi Balqis dan duta Persahabatan Malaysia China dan duta 1Malaysia

Neelofa

Walaupun sudah berhijab, beliau masih dilabel sebagai artis yang kaya di Malaysia dan dijangka berpendapatan RM1 juta setahun. Neelofa adalah duta bagi produk LINE, Avon, Petronas, Fashion Valet, tilam King Koil dan lain-lain. Selain itu Neelofa turut mengeluarkan produk kecantikannya sendiri dan mempunyai keuntungan yang tinggi

Najwa Latif

Walaupun lagunya ‘kosong-kosongggg’ , tapi duitnya tak kosong. Artist muda Muka Buku ini juga tak kurang kayanya apabila dianggarkan mencapai pendapatan RM1 juta setahun. Najwa adalah duta UNITAR dan memenangi pelbagai anugerah di Malaysia selain membuat persembahan pentas yang besar yang menjadikan beliau ternama dan kaya.

4 Komen ‘PECAH PERUT’ Chef Wan Design Baju Di Fashion Show Ini Buat Anda MENANGIS !

4 Komen ‘PECAH PERUT’ Chef Wan Design Baju Di Fashion Show Ini Buat Anda MENANGIS !


HAHAHA! Memang tak kering gusi bila kami lihat komen-komen kelakar Chef Wan kat design baju yang diperagakan di fashion show yang berlangsung di Publika baru-baru ni.

Mungkin ada sesuatu yang tak kena kot kat design baju tu kot buat Chef Wan komen macam tu sekali. Kalau la designer tu baca komen Chef Wan, mesti sentap habis kan?