HANYA kerana menulis perkataan ringkas "jangan jadi macam Jamal ye" di akaun instagram miliknya berhubung tindakan 'bangang' Jamal Jamban yang bertuala mahu tumpang mandi di pejabat MB Selangor dua hari lalu, penyanyi terkenal Dato' Siti Nurhaliza kena maki dengan penyokong-penyokong Jamal Jamban.
Rata-rata penyokong Jamal menjadikan isu belum mendapat zuriat sebagai bahan mengutuk Siti.
Para penyokong Jamal sanggup menghina Siti dengan mengaitkan peristiwa keguguran anak penyanyi nombor satu negara itu baru-baru ini sebagai modal untuk memakinya. Malah Jamal Jamban sendiri turut berkongsi status tersebut di halaman facebook miliknya.
Dalam reaksi berhubung kutukan tersebut, Siti Nurhaliza melalui akaun twitternya menganggap para penyokong jamal yang mengutuknya bercakap tidak menggunakan otak yang dianugerahkan oleh Allah.
takpe dik, biarkan mereka .kata2 org macam ni tak memberi kesan pada saya sbb saya tahu mereka cakap tak guna otak yang Allah SWT kurniakan. https://t.co/T5mrWVaFW8— Siti Nurhaliza (@CTNurhaliza11) December 22, 2016
EmoticonEmoticon