Suami saya dirampas - Liyana Manan

loading...



Tersedak juga bila baca kenyataan isteri Mr R pasal kisah rumah tangga dia. Kecoh 2, 3 hari nie mengenai kisah keretakan rumah tangga dan kisah Hanez Suraya yang dikatakan merampas suami orang. Masing-masing ada bukti dan alasan sendiri.



Sebelum nie Hanez membuat kenyataan yang Mr R adalah seorang duda anak dua tapi sebenarnya menurut Liyana Manan, dia masih lagi isteri Mr R yang sah.

“Saya nak tanya bila masa saya sah diceraikan? Mana surat cerai? Kenapa Hanez begitu berani membuat kenyataan sedangkan kami belum bercerai? Kenyataan Hanez bagaikan mencabar saya, seolah-olah saya tunggul kayu sedangkah saya masa isteri Mr. R yang sah.

Teman baik saya terkejut dan bertanya kepada saya. Dia melihat saya dan suami OK, tapi tidak tahu kisah sebaliknya. Di situlah saya mula tahu suami menjalinkan hubungan dengan Hanez. Tidak lama selepas itu, saya mendapat bukti gambar mesra dan percutian mereka.

Dan ini buktilah yang saya nak tunjukkan. Gambar mesra ketika menyambut hari jadi Mr R dan percutian mereka ke Bangkok, Thailand. Sebelum ini saya mendiamkan diri, tapi saya juga manusia. Walaupun hati saya terluka, tapi saya bukan wanita yang tidak bermaruah.”

Liyana Manan turut menunjukkan beberapa keping gambar sebagai bukti yang Hanez Suraya & suaminya pergi bercuti ke Bangkok bersama. Wahh.. Ermm…

Hanez sepatutnya minta surat cerai dari suami saya dulu, buktikan kami sudah bercerai. Atau Hanez sengaja buat tidak tahu? Tidak boleh bersabar dulu sehingga kes penceraian kami selesai.

Siapa buat fitnah? Kalau saya nak menyebarkan cerita, saya boleh buat sejak tahun lalu tapi saya ambil langkah berdiam diri. Saya ada bukti dari awal lagi.


Saya buat kenyataan ini kerana wartawan mencari saya, bukan saya cari wartawan. Saya rasa sudah sampai masanya saya bercerita hal sebenar, daripada masyarakat terus mendengar pembohongan Hanez.

Dulu saya dan suami bertapak dari bawah mengusahakan syarikat pembinaan bersama. Susah senang kami bersama. Tapi adatlah manusia, apabila sudah kaya raya, saya dicampak ke tepi. Saya berhenti kerja dan meninggalkan apa yang diusahakan bersama.

Biarlah hidup saya susah, namun untuk bermadu tidak sama sekali. Sebenarnya saya sudah kering air mata mengenangkan apa yang berlaku. Sejak tidak tinggal sebumbung, nafkah anak kedua pun suami tidak pernah hulur. Saya terpaksa mencari kerja untuk menyara anak.

Apa perasaan anda (Hanez) jika berada di tempat saya? Sebagai wanita, ibu dan isteri, saya diperlakukan seperti patung bernyawa. Mungkin ini hari saya, esok lusa mungkin giliran anda pula. Saya tidak minta jadi begini, jadi tolong hormat perasaan saya selagi saya masih bergelar isteri Mr. R,”


P/S - Admin xberani nak kata apa tapi hope kes ni diselesaikan secepat mungkin


EmoticonEmoticon