Tips Memanjangkan Hayat Bateri Handphone

loading...


Kebiasaanya jangka hayat bateri handphone adalah 2 tahun dan perlu ditukar apabila mula menunjukkan perubahan secara fizikal dan caj tidak bertahan lama. Namun tempoh tersebut juga bergantung kepada beberapa faktor dan cara penggunaanya. Berikut adalah antara langkah yang boleh diambil untuk memastikan jangka hayat bateri handphone anda bertahan lebih lama.



1. Cas pertama kali mesti full

Apa pun jenis bateri handphone, proses mengecas untuk kali pertama sangat penting dalam menentukan usia bateri. Ini kerana apabila kita mengecas bateri, seluruh sel dalam handphone berfungsi; maka disebabkan itulah cas untuk kali pertama disarankan waktunya lebih panjang (seperti disyorkan).

Perlu diingat bahawa pengecasan pertama bateri selama 8 jam adalah konsep yang tidak benar buat masa kini. Pengecasan bateri selama 8 jam adalah diperlukan untuk handphone model lama yang menggunakan bateri jenis Ni-Mh atau Ni-Cd.

Untuk bateri jenis Lithium (kebanyakan handphone sekarang guna bateri jenis ni), tempoh pengecasan pertama selama 3 jam sudah cukup. Paling lama pun 4 jam. Dan sepatutnya jika pertama kali menggunakan handphone baru, anda kena gunakannya sehingga habis bateri, kemudian barulah dicas selama 3-4 jam.


EmoticonEmoticon